Tuesday, January 19, 2010

IBADAT TU APA

Assalamualaikum wmwth
Saya mengingatkan diri saya dan anda supaya bertaqwa kepada Allah.
Kita telah diberi kebebasan berfikir, membuat ulasan dan membuat keputusan. Namun demikian kita tidak bebas lepas dari pertanggungjawaban kepada Allah. Kita atau seorang itu mungkin memilih untuk berkecuali dalam ugama, atau ethies. Atau berfikiran bahawa ugama ini hanya membebankan dan mengganggu keinginan dalam diri. Ugama selalu menakutkan, selalu menghalang, selalu memaksa dan lain lain tanggapan negetif. Memang Allah telah menetapkan nasib kita yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Kita mungkin telah ditakdir ke neraka atau ke syurga, yang kita tidak mengetahuinya. Lantaran kita tidak mengetahui inilah kita wajib berusaha dan berjihad mencari hidayat, petunjuk dan bimbingan Allah dan rasulNya.

Allah telah berfirman melalui wahyuNya kepada rasulNya Muhammad SAW yang sekarang ini telah dibukukan dan dicetak dengan makna dan terjemahannya. Firman Allah ini adalah hak, satu yang benar bukan nya batil . Kerana itu janji Allah juga adalah hak, benar dan Allah tidak akan munkir janji walaupun Dia mampu dan berkuasa melakukan apa saja dan tidak ada makhluk yang boleh bertanya padanya di akhirat kelak. Namun Allah menjelaskan sifat sifatNya kepada kita seperti penuh kasih sayang, adil dan tidak menzalimi.

Allah berjanji untuk memberi perlindungan, keampunan dan pembalasan syurga kepada hamba hambanya yang ikhlas dan taat kepada perintahNya, mengikuti sunnah nabiNya. Dia juga berjanji berlaku adil pada hamba hambanya, iaitu mengazab mereka yang syirik kepadanya, yang melakukan maksiat dan tidak bertaubat secara yang betul dan ikhlas, dimana dia berhak mengampuninya atau membalas perbuatan jahat hambaNya itu.

Manusia dan jin dijadikan untuk beribadat kepada Allah. Ini tujuan dan maksud dari Allah sendiri yang menjadikan makhluk itu. Dia lebih tahu dan lebih berhak menentukan tujuan tersebut kerana kita ini hak milik penuh Allah. Maka jika kita mahu selamat , adalah wajar untuk kita memahami tujuan ini dan mengambilnya sebagai matlamat hidup kita, barulah tidak bercanggah dan selari antara tujuan Allah dan matlamat hidup kita.

Ibadat tu bermakna kita menyembah, beribadat atau mengabdikan diri kepadaNya. Ini membawa kepada tunduk dan patuh kepada segala arahan suruhan dan laranganNya. Untuk memahami bagaimana bentuk peribadatan yang sah, betul , yang dikehendaki Allah maka tidak ada jalan lain selain dari mengikut apa yang di ajar dan ditunjuk serta diamal oleh rasulullah SAW. Cara ibadat yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad itu telah lengkap, sempurna dan memenuhi makna beribadat kepada Allah. Beliau menunjukkan tatacara kepatuhannya kepada kehendak dan perintah Allah dalam semua lapangan hidupnya.

Antara yang dapat disebut adalah peribadatan khusus pada Allah seperti melaksanakan rukun Islam, mengimani dengan yakin semua rukun iman, melakukannya dengan ikhlas untuk mencari keredhaanNya . Begitu juga tindakannya dan amalannya di dalam keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Beliau mletakkan nilai dan prinsip perhubungan dan pentadbiran dalam urusan yang kecil dan besar, urusan persendirian dan orang ramai , urusan beramal dan berdakwah, urusan perdamaian dan peperangan dan pentadbiran masyarakat dan negara.

Tuesday, November 24, 2009

HIDUP MAU KE MANA

Assalamualaikum warahmatullah
Semoga Allah memelihara agama dan keimanan kita hingga ke akhir hayat.
Ramai orang dalam dunia ini yang tidak pasti tentang matlamat hidup mereka. Namun demikian kadang kadang mereka tidak mau menyedari hakikat ini dan terus meneroka dan mencuba visi baru dan bertukar saban tahun. Tahun ini nak mancapai kedudukan ekonomi, menjadi jutawan, tahun depan mau mengelilingi dunia dengan basikal, kumudiannya menulis buku dan sebagainya.

Ramai pakar motivasi barat mengajar kita step by step untuk mencapai matlamat dan tujuan yang kita pilih. Bahkan mereka juga memberi panduan bagaimana hendak menentukan vissi dan missi. Setelah membaca buku buku tersebut , kita tinggal sendiri memerah otak mancari apakah visi yang hendak dicapai pada tahun ini, tahun depan, sepuluh tahun lagi dan sebagainya. Mereka cuba mengelak dari berbicara tentang hubungan kita dengan Tuhan, tentang matlamat yang telah tuhan tetapkan dan tentang fungsi dan tanggung jawab kita di dunia ini dari sudut agama.

Alangkah ruginya kita jika secara semberono dan fanatik mengikut nasihat mereka yang telah berusaha mensekularkan kita. Menjadikan kita berfikir secara orang tanpa Tuhan, tanpa merujuk kepada ajaran Allah dan Rasul. Maka walau seindah manapun visi kita dan setinggimana pun pencapaian kita , tetapi jika menafikan peranan agama, menafikan hak ketuhanan dan hanya menggunakan akal semata mata, sebenarnya kita telah gagal dalam menjalani hidup kita di dunia ini.

Kita mungkin merasa terpesona dengan kekayaan gulungan hartawan . Kita tahu orang seperti Billgate itu adalah orang yang terkaya di dunia dan banyak menyumbang melalui yayasannya untuk membantu orang lain di dunia ini, namun kalau kita melilai bagaimana kehidupannya di akhirat nanti sekira dia kekal dalam akidah yang sesat dan tidak memeluk Islam, maka kita amat sedih dengan nasib yang akan ditanggung olehnya.

Oleh itu kita mesti jelas dahulu tentang hakikat hidup ini apa sebenarnya, kemana akhirannya. Apakah dengan mati saja bermakna sudah berakhir segala galanya?, kemudian kita akan terus bahagia dengan pujaan dan pujian orang yang hidup dengan amal kebajikan dan meninggalkan lagenda untuk dikenang dan ditauladani oleh manusia lain? Apa kah kita pasti kita akan bahagia selelah kita mati dengan amalan dan andaian ini?

Sungguh tertipu kita jika kita terpedaya dan terikut ikut dengan budaya orang yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul Muhammad. Mereka sebenarnya telah tersesat dan hidup dalam andaian dan angan angan semata mata. Kasihan kepada mereka , kadang kadang mereka berjuang untuk dunia dengan segala tarikannya lebih kuat dari kita beribadat kepada Allah . Sedang amal mereka dicatit dan dibentang nanti tetapi tidak dinilai, bagaikan fatamorgana yang disangka air oleh orang yang kehausan di padang pasir. Atau bagai debu yang berterbangan ditiup angin kencang di atas tembuk yang tinggi.

Nasib mereka amat parah di akhirat nanti. Tanpa iman yang benar atau dengan kesesatan agama yang mereka anuti, atau dengan kesyirikan yang mereka amalkan, maka tiada maaf bagi mereka. Allah telah menyatakan janjinya dengan tegas dan Allah menepati janjinya. Di akhirat bukan tempat untuk bertaubat, kembali kepada kebenaran atau kemungkinan kembali hidup semula di dunia yang telah musnah, fana.

Shukurlah kita kerana Allah memilih kita tergolong dalam umat yang telah menerima hidayat, telah sampai dakwah Islam tambahan pula jika ibu bapa kita telah menganutnya terlebih dahulu. Shukur juga jika kita terdiri dari orang yang baru menganut Islam dan berusaha beramal dengannya. Islam adalah pilihan yang tepat, hanya satu pilihan dan pilihan yang lain adalah yang batil, yang tidak akan diterima oleh Allah.

Sungguh beruntung kita dengan Islam kita mendapat segala keperluan yang diidam idamkan bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, semasa hidup di atas muka bumi dan setelah mati nanti. Kita ada Alquran, dengan tafsiran yang jelas dari hadith dan para ilmuan . Kita ada hadith yang direkod dengan teliti oleh para perawi seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, dan lain lain. Kita dijamin tidak akan sesat selama kita berpegang kepada kedua panduaan ini.

Hidup kita tak lain untuk beribadah kepada Allah, menjadi hamba Allah dalam pengertian yang sebenarnya. Kita sebagai hamba hanya mengikut apa yang Allah suruh dengan menggunakan akal yang sihat dan perasaan yang murni. Allah melantik Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang melengkapkan segala syariat yang pernah diturunkan kepada nabi dan rasul sebelumnya, sejak dari nabi Adam lagi.

Kerana itu kita tidak perlu pening pening mencari apakah visi dan misi kita dalam hidup ini. Yang perlu adalah untuk menuntut ilmu dan belajar dari sumber yang muktabar tentang visi dan misi ini. Yang perlu adalah kita mendalami ilmu, memahami secara sah dan beramal dengan betul, bersungguh sungguh dan ikhlas kepada Allah demi mendapat keredhaanNya.

yang perlu adalah untkuk kita memahami apakah tuntutan Islam terhadap kita, tugas dan kewajipan kita dalam beramal dengan rukun Iman dan rukun Islam. Memahami apa yang halal dan haram dan beramal dengan yang halal dan menjauhi yang diharam. Ilmu tentang hubungan kita dengan Allah dari segi pengenalannya atau tauhid, dan dari segi perlakuan ibadatnya yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Wednesday, January 28, 2009

Memperkasa ekonomi ummah

Assalamualaikum
Seperti termakum bahawa ekonomi adalah satu dari tiang kekuatan sesuatu ummah. Ekonomi adalah merujuk kepada pemilikan dan pengurusan harta, kegiatan perekonomian dalam bidang pekerjaan, pengeluaran, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya.

Secara mudahnya ia adalah urusan maddiah, kebendaan dan dunia.Namun demikian urusan dunia bagi seorang Muslim lebih luas dari itu. Seorang Muslim di minta menggunakan apa sahaja nikmat yang dianugerah Allah kepadanya di dunia ini untuk mencari dan mencapai keredhaan Allah. Kita juga diamanahkan sebagaai khalifah, mentadbir alam dengan syariat Allah.

Nikmat ini tentulah banyak dan tak terhitung. Bahkan ada nikmat yang kita tidak menyetahuinya dan menyedarinya tetapi tetap kita gunakannya. Antara nikmat yang kita ketahui adalah tubuh badan dan fizikal kita, pengaruh dan kekuasaan, pangkat dan kedudukan, keluarga, kemudahan infrastruktur, rumah kediaman serta perabutnya, pakaian, makanan dan minuman. Ada pula yang tidak berbentuk fizikal seperti keamanan, keharmonian, kedamaian,marwah dan seumpamanya. Bahkan bagi kita Keimanan yang benar adalah merupakan nikmat paling berharga kerana ia bermunafaat dalam jangka panjang sehingga kehidupan akhirat kelak.

Dengan kekuatan ekonomi ini kita boleh membina kekuatan yang lain yang diperlukan untuk pembinaan ummah. Kita boleh membina kekuatan pertahanan dan ketenteraan, kekuataan pendidikan, kekuatan perdagangan antarabangsa dan kekuatan budaya. Kekuatan ini bukan bertujuan untuk menindas bangsa lain, tetapi sebagai bekalan dan benteng untuk membina servival ummah dan memelihara supaya ummah sentiasa merdeka dan bebas melaksanakan dan mengyahati ajaran Ilahi dalam kehidupan kita.

Bahkan dalam kontek dakwah kepada Allah , kekuatan ini akan memudahkan kita membuktikan kebenaran dalam dakwah bilhal atau melalui contoh tauladan dimana kita dalam keadaan memberi dan menolong bukan dalam status meminta minta dan mengharap bantuan orang lain.

Kalau begita usaha dalam memperkasa ekonomi ummah adalah manjadi fardhu kifayah, ada kalanya menjadi sunnat muakkad atau amalan yang sangat dititikberatkan pelaksanaannya. Lantaran itu segala amalan ini hendaklah kita jadikan sebagai muamalah yang islami supaya ia mendapat pahala atau dihitung sebagai amal soleh di sisi Allah.

Bagi tujuan ini maka kita perlu membuat muhasabah terhadap- apa saja usaha kita selama ini. Apakah ia telah memenuhi ciri peribadatan dan amal soleh disisi Allah ataupun tidak. Umpamanya kita pereksa apakah usaha kita halal atau tidak, memberi kesan kebaikan atau meninggalkan kesan buruk kepada orang lain. Apakah kita menggunakan modal dan berusaha secara yang sah atau tidak. Bagaimana cara kita mendapat keuntungan dan bagaimana menggunakan keuntungan tersebut. Apakah kita telah mengikhlaskan niat kita dan tekun menghasilkan buah yang paling baik dalam usaha kita.

Kita mesti berilmu sebelum beramal, belajar sebelum berusaha dan mengajar. Maka walau pun kita sibuk dengan urusan harian, marilah kita ambil peluang mencari ilmu, ilmu yang benar untuk memandu kita. Panduan utama kita adalah dari Alquran dan Sunnah. Sunnah adalah dalam pengertian mengambil contoh amalan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad saw, sahabat dan pengikut mereka yang benar dan ikhlas. Marilah kita memperkasa ekonomi ummah demi menguarkan orang Islam dan meningkatkan pengaruh islam di dunia ini. wallahu 'alam wassalam

Sunday, June 8, 2008

Memperkasa ekonomi ummah

Assalamu alaikum
Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam AlQuran yang bermaksud"Bersiap sedialah kamu terhadap mereka dengan segala persiapan yang termampu oleh kamu dari segala kekuatan dan barisan tentera berkuda yang menggerunkan musuh Allah, musuh kamu dan lain lain pihak yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya".

Peringatan ini menggesa kita supaya membina kekuatan ketenteraan dan persediaan material, peralatan dan sebagainya yang boleh menggerunkan musuh. Biasanya musuh akan hanya menjadi gerun jika mereka merasa bahawa persiapan kita itu penuh dengan kekuatan, ketahanan, peralatan yang cannggih dan keterampilan pasukan tentera yang berpengalaman, berani, berdisiplin dan taat kepada pimpinan.

Persiapan ini hanya dapat kita lakukan jika kita mempunyai kekuatan material yang berasaskan kekuatan pemilikan harta dan perekonomian. Untuk mengukuhkan ekonomi, kita perlu menjana kegiatan yang dapat mencipta harta atau menambah nilai kepada harta yang sedia ada melalui berbagai usaha pembuatan, pengeluaran, perdagangan dan perniagaan.
Oleh itu langkah memperkasa ekonomi ummah adalah sebagai persiapan menyediakan persiapan pertahanan kepada satu satu negara.
Dalam kontek negara Malaysia umpamannya bila kita membicarakan isu memperkasakan ekonomi maka ia akan melibatkan berbagai usaha dan kegiatan. Antara kegiatan tersebut adalah melahirkan pengusaha, peniaga dan pengurusan yang berketrampilan bagi melaksanakan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi pula termasuklah memajukan aset sedia ada seperti memajukan atau membangunkan tanah dengan usaha pertanian, mendirikan bangunan rumah kediaman atau rumah kedai atau kilang perusahaan dan pembuatan, menyediakan kegiatan perniagaan dalam bidang perkhidmatan, perkhidmatan kewangan , kontrak bekalan kepada kerajaan maupun sektor swasta.
Matlamat dari kegiatan ekonomi ini adalah untuk mewujudkan peluang nafkah, mencari rezki yang halal, memakmurkan negara melalui kegiatan pelaburan, tabungan dan perdagangan. Keperluan memperkasa ekonomi ummah ini lebih menjadi penting kerana kitta hidup dalam satu masyarakat berbagai ugama dan keturunan. Untuk membolehkan kita diterima sebagai pemimpin maka kita perlu mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi. Ini kerana dengan kekuatan ekonomi ini kita bukan sahaja dapat menyempurnakan peribadatan khusus kita kepada Allah tetapi kita juga dapat membuat kebajikan kepada masyarakat termasuk menjinakkan hati orang bukan Islam untuk mendekati kita dan menerima dakwah kita dengan lebih mudah lagi. Wallahu a'lam.