Seperti termakum bahawa ekonomi adalah satu dari tiang kekuatan sesuatu ummah. Ekonomi adalah merujuk kepada pemilikan dan pengurusan harta, kegiatan perekonomian dalam bidang pekerjaan, pengeluaran, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya.
Secara mudahnya ia adalah urusan maddiah, kebendaan dan dunia.Namun demikian urusan dunia bagi seorang Muslim lebih luas dari itu. Seorang Muslim di minta menggunakan apa sahaja nikmat yang dianugerah Allah kepadanya di dunia ini untuk mencari dan mencapai keredhaan Allah. Kita juga diamanahkan sebagaai khalifah, mentadbir alam dengan syariat Allah.
Nikmat ini tentulah banyak dan tak terhitung. Bahkan ada nikmat yang kita tidak menyetahuinya dan menyedarinya tetapi tetap kita gunakannya. Antara nikmat yang kita ketahui adalah tubuh badan dan fizikal kita, pengaruh dan kekuasaan, pangkat dan kedudukan, keluarga, kemudahan infrastruktur, rumah kediaman serta perabutnya, pakaian, makanan dan minuman. Ada pula yang tidak berbentuk fizikal seperti keamanan, keharmonian, kedamaian,marwah dan seumpamanya. Bahkan bagi kita Keimanan yang benar adalah merupakan nikmat paling berharga kerana ia bermunafaat dalam jangka panjang sehingga kehidupan akhirat kelak.
Dengan kekuatan ekonomi ini kita boleh membina kekuatan yang lain yang diperlukan untuk pembinaan ummah. Kita boleh membina kekuatan pertahanan dan ketenteraan, kekuataan pendidikan, kekuatan perdagangan antarabangsa dan kekuatan budaya. Kekuatan ini bukan bertujuan untuk menindas bangsa lain, tetapi sebagai bekalan dan benteng untuk membina servival ummah dan memelihara supaya ummah sentiasa merdeka dan bebas melaksanakan dan mengyahati ajaran Ilahi dalam kehidupan kita.
Bahkan dalam kontek dakwah kepada Allah , kekuatan ini akan memudahkan kita membuktikan kebenaran dalam dakwah bilhal atau melalui contoh tauladan dimana kita dalam keadaan memberi dan menolong bukan dalam status meminta minta dan mengharap bantuan orang lain.Secara mudahnya ia adalah urusan maddiah, kebendaan dan dunia.Namun demikian urusan dunia bagi seorang Muslim lebih luas dari itu. Seorang Muslim di minta menggunakan apa sahaja nikmat yang dianugerah Allah kepadanya di dunia ini untuk mencari dan mencapai keredhaan Allah. Kita juga diamanahkan sebagaai khalifah, mentadbir alam dengan syariat Allah.
Nikmat ini tentulah banyak dan tak terhitung. Bahkan ada nikmat yang kita tidak menyetahuinya dan menyedarinya tetapi tetap kita gunakannya. Antara nikmat yang kita ketahui adalah tubuh badan dan fizikal kita, pengaruh dan kekuasaan, pangkat dan kedudukan, keluarga, kemudahan infrastruktur, rumah kediaman serta perabutnya, pakaian, makanan dan minuman. Ada pula yang tidak berbentuk fizikal seperti keamanan, keharmonian, kedamaian,marwah dan seumpamanya. Bahkan bagi kita Keimanan yang benar adalah merupakan nikmat paling berharga kerana ia bermunafaat dalam jangka panjang sehingga kehidupan akhirat kelak.
Dengan kekuatan ekonomi ini kita boleh membina kekuatan yang lain yang diperlukan untuk pembinaan ummah. Kita boleh membina kekuatan pertahanan dan ketenteraan, kekuataan pendidikan, kekuatan perdagangan antarabangsa dan kekuatan budaya. Kekuatan ini bukan bertujuan untuk menindas bangsa lain, tetapi sebagai bekalan dan benteng untuk membina servival ummah dan memelihara supaya ummah sentiasa merdeka dan bebas melaksanakan dan mengyahati ajaran Ilahi dalam kehidupan kita.
Kalau begita usaha dalam memperkasa ekonomi ummah adalah manjadi fardhu kifayah, ada kalanya menjadi sunnat muakkad atau amalan yang sangat dititikberatkan pelaksanaannya. Lantaran itu segala amalan ini hendaklah kita jadikan sebagai muamalah yang islami supaya ia mendapat pahala atau dihitung sebagai amal soleh di sisi Allah.
Bagi tujuan ini maka kita perlu membuat muhasabah terhadap- apa saja usaha kita selama ini. Apakah ia telah memenuhi ciri peribadatan dan amal soleh disisi Allah ataupun tidak. Umpamanya kita pereksa apakah usaha kita halal atau tidak, memberi kesan kebaikan atau meninggalkan kesan buruk kepada orang lain. Apakah kita menggunakan modal dan berusaha secara yang sah atau tidak. Bagaimana cara kita mendapat keuntungan dan bagaimana menggunakan keuntungan tersebut. Apakah kita telah mengikhlaskan niat kita dan tekun menghasilkan buah yang paling baik dalam usaha kita.
Kita mesti berilmu sebelum beramal, belajar sebelum berusaha dan mengajar. Maka walau pun kita sibuk dengan urusan harian, marilah kita ambil peluang mencari ilmu, ilmu yang benar untuk memandu kita. Panduan utama kita adalah dari Alquran dan Sunnah. Sunnah adalah dalam pengertian mengambil contoh amalan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad saw, sahabat dan pengikut mereka yang benar dan ikhlas. Marilah kita memperkasa ekonomi ummah demi menguarkan orang Islam dan meningkatkan pengaruh islam di dunia ini. wallahu 'alam wassalam

No comments:
Post a Comment