Sunday, June 8, 2008

Memperkasa ekonomi ummah

Assalamu alaikum
Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam AlQuran yang bermaksud"Bersiap sedialah kamu terhadap mereka dengan segala persiapan yang termampu oleh kamu dari segala kekuatan dan barisan tentera berkuda yang menggerunkan musuh Allah, musuh kamu dan lain lain pihak yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya".

Peringatan ini menggesa kita supaya membina kekuatan ketenteraan dan persediaan material, peralatan dan sebagainya yang boleh menggerunkan musuh. Biasanya musuh akan hanya menjadi gerun jika mereka merasa bahawa persiapan kita itu penuh dengan kekuatan, ketahanan, peralatan yang cannggih dan keterampilan pasukan tentera yang berpengalaman, berani, berdisiplin dan taat kepada pimpinan.

Persiapan ini hanya dapat kita lakukan jika kita mempunyai kekuatan material yang berasaskan kekuatan pemilikan harta dan perekonomian. Untuk mengukuhkan ekonomi, kita perlu menjana kegiatan yang dapat mencipta harta atau menambah nilai kepada harta yang sedia ada melalui berbagai usaha pembuatan, pengeluaran, perdagangan dan perniagaan.
Oleh itu langkah memperkasa ekonomi ummah adalah sebagai persiapan menyediakan persiapan pertahanan kepada satu satu negara.
Dalam kontek negara Malaysia umpamannya bila kita membicarakan isu memperkasakan ekonomi maka ia akan melibatkan berbagai usaha dan kegiatan. Antara kegiatan tersebut adalah melahirkan pengusaha, peniaga dan pengurusan yang berketrampilan bagi melaksanakan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi pula termasuklah memajukan aset sedia ada seperti memajukan atau membangunkan tanah dengan usaha pertanian, mendirikan bangunan rumah kediaman atau rumah kedai atau kilang perusahaan dan pembuatan, menyediakan kegiatan perniagaan dalam bidang perkhidmatan, perkhidmatan kewangan , kontrak bekalan kepada kerajaan maupun sektor swasta.
Matlamat dari kegiatan ekonomi ini adalah untuk mewujudkan peluang nafkah, mencari rezki yang halal, memakmurkan negara melalui kegiatan pelaburan, tabungan dan perdagangan. Keperluan memperkasa ekonomi ummah ini lebih menjadi penting kerana kitta hidup dalam satu masyarakat berbagai ugama dan keturunan. Untuk membolehkan kita diterima sebagai pemimpin maka kita perlu mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi. Ini kerana dengan kekuatan ekonomi ini kita bukan sahaja dapat menyempurnakan peribadatan khusus kita kepada Allah tetapi kita juga dapat membuat kebajikan kepada masyarakat termasuk menjinakkan hati orang bukan Islam untuk mendekati kita dan menerima dakwah kita dengan lebih mudah lagi. Wallahu a'lam.

No comments: